Aktiviti bermula pada pukul 5 petang dimulakan dengan pertunjukan pakaian pelbagai kaum di Malaysia. Diikuti dengan tarian pelbagai kaum.
Seterusnya pertandingan nasyid, hafazan dan kuiz spontan pendidikan moral dan pendidikan jasmani.
Kemudiannya, pertandingan origami mengambil tempat dan dikuti dengan persembahan senamrobik oleh para pelajar. Keputusan pertandingan Melukis Gambar Pemimpin Negara juga diumumkan di mana telah dimenangi oleh Tan Ai Zheah dari Tingkatan 2B. Aktiviti Jabatan Kemanusiaan ini tamat sepenuhnya pada 6.20 petang. Hadiah-hadiah kepada pemenang akan disampaikan pada hari Isnin minggu hadapan. Aktiviti-aktiviti berjalan dengan lancar dan jayanya berkat kerjasama semua pelajar dan guru MES. Tahniah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan