DOA SEMPENA HARI GURU
بِسْمِ اللهِ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ
العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya Allah , Tuhan Semesta Alam ,
Kami merafakkan rasa kesyukuran
kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk meraikan Majlis sambutan Hari
Guru (Tahun Semasa) peringkat Sekolah (Nama Sekolah) pada pagi yang berbahagia
ini dengan tema :
(Tema Hari Guru Tahun Semasa)
Ya Allah , Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya
Fa’alullima yurid ,
Sesungguhnya tugas sebagai guru
adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman , justeru itu kurniakanlah
kepada guru-guru kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang
berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan
seluruh aktriviti dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan
keredhaan-Mu semata-mata .
Ya Allah , Ya Mudabbiral amri ,
Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan
pengharapan , memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih
sayang kepada barisan pendidik yang
budiman terhadap anak-anak didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan
menyayangi anak- anak mereka sendiri , kurniakanlah kepada mereka kesabaran ,
ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan , semangat
permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam
memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga ,
idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum
pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya .
Ya Allah , Ya Mukawwiral laili wan
nahar ,
Pada kesempatan ini , kami mohon
kepada kebesaran dan kehebatan-Mu ya Allah sudilah kiranya Engkau mengurniakan
kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur , mudah-mudahan kami akan
menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru-guru kami , mendengar tunjuk
ajar daripada guru-guru kami , kami sentiasa mengharapkan teguran dan bimbingan
guru-guru , semoga kami menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada agama ,
bangsa dan negara tercinta .
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ،
وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ
اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ
مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan