12 Mei 2011

GURU OH GURU

ADA CHEGHITA LAGI...
Cuti tahun lepas aku ke Majlis Konvo di UPSI. Siangnya ke majlis dan malamnya  ingin lagi meronda2 dulu di Tanjung Malim melihat suasana malam sebelum singgah lagi di UPSI untuk melawat pameran dan expo. Inilah kesempatan yang ada kerana esoknya aku terpaksa balik ke Kedah kerana ada majlis pulak di UUm. Malam tu Tanjung Malim di terangi lampu mungkin sempena menyambut orang luar yg ramai bertandang agaknya.
Dalam dok berpusing-pusing dalam pekan tu aku terperasan ada sebuah kereta memberi isyarat lampu tinggi kepada aku.  Aku dok pikiaq apa benda yg tak kena. Selepas satu simpang aku ditahan oleh polis peronda yg mengarahkan aku ke bahu jalan.
 “Encik, ini jalan sehala. Encik telah melakukan kesalahan trafik”
‘Yakah,maaf cik.. tak perasan la pulak tadi”. Polis tadi menyuluh no plat kereta aku.
“ Encik dari Kedah ka?..mai konvo UPSI ka?
“ Ya, saya dr Kedah…ingat nak pusing2 tengok Tanjung Malim waktu malam,,…”
Mendengar suara aku polis itu menjenguk aku di tingkap, “Encik ni Cg Zali dari SMK .......... ka? Cikgu tak kenai saya ka? Saya Fird..tingkatan 5B tahun 2004”
‘Yakah, tak perasan saya, dulu uniform sekolah, sekarang uniform polis trafik,… ini sekarang maca mana…saya kena ke balai ka?”
“Tak mengapa cikgu, kesalahan sikit saja,  cikgukan cikgu saya”.
“Fird, saya tak pernah mengajar awak tidak amanah”.
“Ya, tapi cikgu mengajar saya memaafkan orang terutamanya bila kesalahan pertama. Dulu cikgu ada kata dgn saya,”Fird, kali ini saya maafkan kamu tetapi jangan buat lagi”, kali ini saya kata dgn cikgu, “Cikgu, saya maafkan cikgu dan jangan buat lagi”.
Lawak juga lakonannya dan saya berkata,” Dulu Fird akan berkata, terima kasih banyak2 cikgu, sekarang saya nak kata,”thankyou so much Fird.”
Tak sangka pulak ada anak murid di Tanjung Malim dan kebetulan pulak tu……..SELAMAT HARI GURU pd semua yg mengajarkan walaupun satu huruf.
- nukilan Cg Zali, Kedah.

1 ulasan:

skkgkeda berkata...

Salam.
Usaha yg menarik, teruskan.

LiMehat, Baling.