16 April 2011

Rajis dan polis

     Petang ini, hujan turun dengan lebatnya. Rajis berdiri di sisi tingkap rumah merenung jauh kebosanan. Deringan telefon bimbit milik Rajis lantas memangkas lamunan jauhnya itu. 
     "Hello" jawab Rajis lemah. "Ini Encik Rajis ke"sahut suara di telefon itu. 
     "Ya, saya"jawab Rajis lagi. "Begini Encik Rajis, saya Inspektor Siva dari Balai Polis Slim nak
      maklumkan yang kawan serumah encik iaitu Encik Francis terlibat dalam kemalangan dan
      sekarang berada di Hospital slim."
     "ok...ok...cik,,,terima kasih." kata Rajis cemas. 
     Rajis terus meragut kunci keretanya yang terletak di atas meja di ruang tamu, Beberapa minit kemudian Rajis telah berada di jalan besar menuju ke Hospital Slim. 
     Setiba di persimpangan berlampu isyarat di Behrang, Rajis terus memandu dengan laju walaupun ketika itu lampu isyarat itu berwarna merah. Di fikirannya hanya terfikirkan tentang Francis, rakan baiknya. Sayup-sayup kelihatan seseorang sedang melambai-lambaikan tangan di tepi jalan. 
      "Aahh...polis rupanya" degus Rajis. Polis itu mengarahkan Rajis memandu keretanya ke bahu jalan. "Selamat petang encik...tolong tunjuk IC dan lesen memandu"kata polis itu kepada Rajis. "Apa salah saya, datuk" ujar Rajis termangu-mangu. "Encik tidak berhenti di persimpangan tadi, encik tak nampak ke lampu merah".
     "Nampak Datuk" jawab Rajis jujur. "Habis, kenapa encik tak berhenti" tanya polis itu kehairanan. "Errrrr...sebab....sebab... saya tak nampak Datuk"jawab Rajis tergagap-gagap.
     "@@^@*(^^%$&^!#@!*^"polis itu membebel sendirian....

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Macamana Rajis n Francis, samada tak dengan cerita anda :-)