25 Mac 2011

Cuti-cuti Malaysia

Semasa cuti pertengahan penggal pertama persekolahan dalam perjalanan balik ke kampung, saya dan keluarga singgah di Lenggong, Perak di mana terdapat gua-gua tinggalan zaman pra sejarah (zaman paleolitik dan neolitik).
Bagaimanapun kami tidak berkesempatan menjengah gua di mana letaknya tempat Perak Man ditemui kerana kesuntukan masa. Apapun sejarah bukan saja untuk dikenang tetapi juga dijadikan sempadan dan teladan serta diinsafi.

Tiada ulasan: