"Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab
bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12
bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari
Khamis 12 Rabiul Awalnabi terakhir
yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula
kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid
Nabi. Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda
adalah nabi
terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula
kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid
Nabi.
Setiap tahun pada
hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis
memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa
acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan
keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada
mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan
majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila
berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala
dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik
merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala
terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati
hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi
pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar
kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya
hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang
Allah Subhanahu Wataala.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan