20 Mei, Majlis Perasmian Pejabat Pelajaran Daerah Baling/Sik telah berlangsung hari ini dengan penuh warna warni. Perasmian dilakukan oleh Menteri Pelajaran, Datuk Seri Muhyidin bin Haji Mohammad Yassin.
Dalam ucapan beliau, beliau berterima kasih kepada semua guru kerana banyak berkorban masa, wang, tenaga untuk membentuk anak didik.
Dalam ucapan beliau, beliau berterima kasih kepada semua guru kerana banyak berkorban masa, wang, tenaga untuk membentuk anak didik.
Beliau juga menekankan kepada tiga perkara iaitu ibubapa perlu terima sekolah sebagai satu institusi masyarakat dengan bantu sekolah terutamanyamelalui PIBG, peranan pendidik dan peranan kerajaan menyediakan infrastruktur supaya seimbang antara bandar dan luarbandar.
Beliau juga mengumumkan peruntukan untuk SK Tunku Putera sebanyak RM100,000 dan SK Kuala Kupang sebanyak RM60,000 untuk projek menaiktaraf kemudahan infrastruktur. Selain itu, beliau juga mengumumkan SMK Sik sebagai sekolah SBT dan Kluster 2010.
Cerita dan gambar-gambar adalah sumbangan kawan-kawan di sana. Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan